PERSONALITI PISMP 4J

Wednesday, May 11, 2011

Memoir Secawan Kopi



Aku melangkah perlahan memasuki Pejabat Pengarah, pintu ku tutup perlahan agar tidak mengganggu suasana hening pejabat. Hampir 6 bulan IPG KBM tidak berPengarah. 
" Payah sangat nak cari ganti Pengarah. Ah....senang-senang lantik aku ajelah jadi Pengarah. Abis cerita !" aku bergurau dengan hatiku sendiri. Pembantu Pengarah yang setia di kaunter pejabat  menganggukkan kepala bila melihat aku menunjukkan jari telunjuk ke bilik Timbalan Pengarah. Maknanya Timbalan Pengarah ada didalam biliknya.. 
"Ada siapa di dalam ?" aku bertanya dengan nada perlahan . " Ada Pn Zaini Yang. Tak pe, masuklah sebab sebentar lagi Timbalan akan keluar menghadiri mesyuarat di Bilik Rais Yatim ", jawab si Pembantu Pengarah tersebut. Lantas aku masuk walaupun sebenarnya aku tidak selesa dengan kehadiran orang lain ketika sesi pertemuan dengan Timbalan. Memandangkan keperluan mendesak bertemu Timbalan atas urusan tugas rasmi serta bersifat peribadi, aku terus melangkah masuk.

Aku dipersilakan duduk di sebelah Pn Zaini oleh Timbalan. Soalan diajukan kepadaku atas urusan apa aku ingin bertemunya. Aku menerangkan satu-persatu dengan agak tersekat-sekat kerana sedikit berdebar-debar tujuan aku mengadap beliau. Aku tidak gementar bertemu Timbalan malah dengan Timbalan aku boleh menyapa beliau dan berbual dengannya seperti rakan setugas yang rapat kerana bagiku Timbalan adalah individu yang mesra dan lemah-lembut orangnya. Aku sangat menyukai beliau. Mungkin debaranku itu dek kerana ingin menyatakan sesuatu yang lebih bersifat peribadi yang mungkin tidak wajar diajukankan. Ah! Lantaklah. Kalau tidak, kepada siapa lagi aku ingin mengadu masalah kerja-kerjaku...aku mendesak diriku sendiri. Pn Zaini mendengar sahaja tanpa mengulas apa-apa. Urusannya dengan Timbalan mungkin belum selesai kerana masih terdengar perbualan mereka dari luar sebelum aku masuk.

Lebih kurang 15 minit permohonan diajukan, Timbalan bersetuju dengan alasan yang aku kemukakan walaupun hujah-hujah aku bersifat peribadi.
" Saya dah lantik orang lain pula. En Khahar sedang menyediakan senarai Jawatankuasa yang baru", Timbalan memberi penegasan tentang tindakan yang beliau telah ambil dan putuskan dalam Tadbir Urus 2011. Alhamdulillah....Alhamdulillah...Hatiku bertahmid beberapa kali . Doaku didepan Multazam di makbulkan. Allahu akbar! Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa pundakku terasa begitu ringan setelah mendengar jawapan dari Timbalan. "Terima kasih Puan...terima kasih Puan ! Janji ya Puan..janji ya Puan....saya tidak dilantik semula", rayu saya bersungguh-sungguh . Timbalan hanya tersenyum.

Aku kini tidak lagi menjawat satu jawatan yang telah memberi tekanan kepadaku semenjak 2009. Cukuplah tu...biar cabaran tugas dan pengalaman yang getir ini orang lain pula merasakan sebagai pengkayaan kemahiran . Tidak sekali-kali menolak tugas, tetapi biar ku cuba jawatan yang lain pula. Tekanan di tempat kerja berlaku di mana-mana, tak mungkin dapat dielakkan hatta bekerja sebagai pengurus pada diri sendiri. Menjadi ibu sepenuh masa juga memberi tekanan. Tidakkah itu ujian namanya. Tidaklah kamu dikatakan beriman sebelum kamu diuji....aku teringat sepotong makna dari ayat-ayat Al Quran. Memang Allah sentiasa menguji kita setiap masa dan dimana sahaja selagi kita mengaku beriman. Begitulah aku bermotivasi untuk diri sendiri.


Kebetulan waktu pertemuan itu berlaku pada waktu rehat pejabat. "Jom minum kopi." Timbalan mencapai termos air panasnya dan menbancuh tiga cawan kopi untuk saya, beliau dan Pn zaini. Maka kamipun minum sambil meneruskan perbualan kosong. " Eh ! Sedapnya kopi ni Puan. terasa macam kopi mak saya", saya bersuara setelah beberapa teguk menghirup kopi yang dihidang Timbalan. " Ha.....ini kopi special...saya impot dari Perak, kopi Che Nah. Di KL ni, kopi ini tak ada", Timbalan menerangkan. " Oh ! Padan la pun...memang Mak saya minum kopi ini sahaja " sambung saya lagi.  Pn Zaini juga turut mengiyakan keenakan kopi Timbalan.

Kini....semua itu tinggal memoir sahaja. Memoir indah aku dan Timbalan seminggu sebelum beliau bercuti panjang yang akhirnya bercuti buat selama-lamanya.Timbalan Pengarah yang  telah berjasa kepadaku tiada lagi. Perginya beliau tidakkan kembali lagi menghadap Al Khaliq yang dirindu-rindukan pada 8 Mei lalu akibat menderitai kanser. Aku merasa begitu sayu dan pasti menitiskan air mata terkenangkan keluhuran hatinya dan sentuhan keibuannya menghidangkan kopi buat staf bawahannya. Semoga Allah merahmati Puan Jamaliah Mohd Salleh dan menganugerahkan Almarhumah pahala sedeqah yang tidak putus-putus atas segala kebaikan yang ditaburkan. Semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Friday, May 6, 2011

KASIH IBU...

SELAMAT HARI IBU!!!


Setiap tahun pasti kita akan menyambut Hari Ibu pada bulan Mei. Penyambutan Hari Ibu bukan sahaja diraihkan pada bulan Mei sahaja. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadisnya di mana kita harus meletakkan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.
Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadis Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang satu ini,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

(HR: Al-Hakim)


Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja? Bak kata Nabil Mentor... LU FIKIRLAH SENDIRI...


KAWAN-KAWAN... MARI KITA MENDOAKAN UNTUK IBU BAPA KITA




AMIN...


SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI SELURUH DUNIA!!!

Tuesday, May 3, 2011

AYUH KAWAN!!! JOM KITA LARI~

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA!!!



Pada 7 Mei 2011 ini satu larian akan diadakan di IB!!!!
Program ini anjuran Unit Kokurikulum dan PISMP 5G, 5H, 5I, 5J, 5K dan 5L.
Semua warga IB diwajibkan untuk bersama-sama menjayakan program ini. 
Ada ikon Sukan tau... Dato' Malik Noor.... 
Program ini bertemakan 1Murid 1Sukan 1Malaysia. 
Apa lagi kawan-kawan, 
Ayuh kawan kita jaga kesihatan. Jom kita sama-sama lari Sabtu ini!!!