PERSONALITI PISMP 4J

Sunday, September 25, 2011

SAHABAT SELAMANYA...

Berulang-ulang tonton cerita UPIN DAN IPIN...best la lagu dia...teringat pula dekat kawan-kawan.... ingat sahabat selamanya OK kawan-kawan....heee

1..2...3....

Dua tiga kapal berlayar di samudra
Ayo sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia



Karena Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Berakit-rakit kita kehulu
Berenang-renang kita ketepian
Kita berbeda untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita


mencari Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia


Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

Monday, August 15, 2011

Dari Elite Ke Ulu


 
Kolej Elitenya.....MCKK

Cikgu Nor melihat wajah-wajah kelas Ting 1 Kemboja yang masih belum dikenali itu. Wajah-wajah asing dengan nama yang aneh-aneh. Semuanya sunyi sepi, malu, menikus. Berpasang-pasang mata terkebil-kebil  dengan lemparan pandangan yang kosong ke wajah Cikgu Nor. Cikgu Nor mengulang-ngulang soalan yang sama.
“ Students ! 10 times 10. What’s the answer ?”.
Masih tiada jawapan. Cikgu Nor kecewa.
“ My God. They are so stupid !”.
Kebuntuan itu menjadikan Cikgu Nor mengeluarkan kata-kata berbisa di dalam hati. Hari itu Cikgu Nor bukan Cikgu Nor lagi. Sebenarnya Cikgu Nor tidak betah bersikap demikian....namun dek kerana kekecewaan yang melangkaui batas maka tidak dapat dikawal perasaannya hari itu. Air matanya bergenang. Ah! Perempuan.....sikit-sikit nak hujan !!

Kebetulan Guru Pakar, juga Ketua Panitia Matematik, Mr Ho datang menjengah ke kelas Cikgu Nor yang baru seminggu melaporkan diri ke Sek Men Keb Ulu itu. Tujuan Mr Ho, mendapatkan maklumat perkhidmatan perguruan Cikgu Nor yang masih belum lengkap.

“ Is everything fine Cikgu ?”
Mr Ho memulakan dengan soalan yang agak mesra apabila berhenti di pintu kelas.
Cikgu Nor membalas dengan nada jiwa yang patah.
“ Mr Ho. Gosh ! They don’t understand even a word from me. They could not answer 10 x10. They don’t understand mathematics at all!”
“ They are Orang Asli students Cikgu. Don’t expect they are similar to your smart students of your former college. Your challenge to educate them !”.

Mr Ho memberi respon yang menampar hati Cikgu Nor. Jawapan dari seorang pendidik yang terlebih dahulu makan garam berbanding Cikgu Nor dalam arena pendidikan.

Kata-kata Mr Ho memang berbekas dalam hati dan minda Cikgu Nor. Cikgu Nor tidak sepatutnya membanding-bandingkan kebolehan pelajar-pelajar sekolahnya sekarang dengan pelajar-pelajar yang telah ditinggalkannya dari sebuah kolej elite negara. Pelajarnya dahulu adalah pelajar-pelajar  terbaik negara yang mendapat pembelaan yang terbaik dalam pendidikan . Mereka diasuh menjadi pemimpin masa hadapan. Sedangkan pelajar-pelajar yang berada di hadapannya sekarang adalah golongan yang tercicir dan sering dipinggirkan. Antara dua darjat. Satu elite dan satu lagi, ulu. Ah ! Hidupku...dari elite ke ulu. Cikgu Nor bermonolog.

Seminggu, dua minggu, menjadi sebulan. Cikgu Nor masih berduka. Belum dapat membiasakan diri dengan budaya ulu itu.
“ Kalau dulu...aku ajar satu...pelajarku faham sepuluh. Disini....aku ajar sepuluh...satupun  mereka tak tahu “ Terus-terusan Cikgu Nor mengeluh. Dia benar-benar tidak menyukai pelajar-pelajar Asli itu.

Sebulan, dua bulan, menjadi setahun. Benarlah kata pepatah orang dulu-dulu. Tak kenal, maka tak cinta. Makin hari semakin Cikgu Nor mengenali hati budi pelajar-pelajar Aslinya. Ternyata mereka adalah pelajar-pelajar yang begitu menghormati guru-guru dan tersangat patuh kepada arahan. Pendekatan mengajar pelajar-pelajar Asli tidak sama dengan mengajar pelajar-pelajar bukan Asli. Cikgu Nor telah berguru dari kesilapan-kesilapannya yang lepas.

 
Pelajar-pelajar Ulunya...

Begitu manis budi pelajar-belajar Asli itu. Mereka tidak banyak karenah. Kelas tetap terkawal walaupun guru tiada kerana menghadiri mesyuarat. Tiada kes buli, tiada kes kurang ajar, tiada kes buat kecoh di dalam kelas, tiada kes merokok!. Masalah mereka sekadar ketidakhadiran , tidak mandi, baju tidak bergosok, rambut tidak bersikat, kaki tidak berkasut dan buku latihan entah kemana , jiwa dan raga mereka masih tertambat dengan kehidupan jauh nun di hutan. Tetapi Cikgu Nor telah jatuh cinta kepada anak-anak Asli itu. Yang pasti.....bukan cinta pandang pertama.

“ Teacher ! Teacher ! Selamat pagi!” Mereka pantang melihat kelibat Cikgu Nor , pasti ditegur dengan senyuman melebar walaupun malu-malu kucing. Cikgu Nor sendiri pantang melihat anak-anak Asli itu, pasti ditegurnya jua dengan kemesraan dan usikan keibuan. “ Wah ! Cantik kamu hari ini !” . Tersipu-sipu Wah Suda. “ Cikgu pun cantik .” Pandai dia mengambil hati Cikgu Nor.

Begitulah masa terus berlalu. Cikgu Nor mengajar pelajar-pelajar Asli itu dengan penuh semangat dan bertanggungjawab tanpa diskriminasi lagi. Kelas jadi ceria apabila Cikgu Nor memulakan pengajaran dengan bertanya soalan-soalan berkisar kehidupan dan budaya ulu mereka. “ Pernah nampak harimau?”  Anak-anak Asli begitu teruja bercerita tentang segala macam binatang buas di kampung halaman mereka yang dianggap barang permainan sahaja apabila Cikgu Nor meluahkan rasa ingin tahu !! Ada-ada aja....tentang cari rotan, cari petai, cari madu....menyumpit dan berburu babi hutan !!! Soalan Matematik entah kemana !!

“ Teacher nak hadiah tak ?” Seorang gadis Asli , Wah Sanah , mewakili teman-teman sekelasnya, bertanya Cikgu Nor. “Hadiah ! Eh! Siapa yang tak nak hadiah !!” Wajah Cikgu Nor bercahaya.

Sebaik pulang dari cuti penggal seminggu kumpulan gadis Asli itu mengotakan janji mereka . Cikgu Nor telah dihadiahkan dengan sekampit padi huma. Cikgu Nor tersentuh.....kerana belum ada lagi mana-mana guru di Sek Men Ulu yang pernah menerima hadiah seumpamanya. Padi huma itu amat bemakna sekali buat Cikgu Nor kerana pemberian padi huma dalam budaya Orang Asli menandakan seseorang itu amat istimewa. Yaa...Cikgu Nor istimewa di hati anak-anak Asli itu. Bagi Cikgu Nor pula, pelajar-pelajar Asli itu adalah pelajar-pelajar teristimewa sepanjang 2 dekad menjadi pendidik. Mereka terlebih istimewa daripada pelajar-pelajar elitenya dulu.

Wednesday, August 3, 2011

Pelangi Di Hati Guru

Pelangi Di Hati Guru


MasyaAllah anak itu….kepunyaan siapa anak itu….? Dunia yang kian ketandusan semangat anak muda….Dia mengamati bait-bait ayat yang dimuntahkan anak muda itu. Petah, tulus , penuh makna. Hari ini…anak-anak muda lagha, leka, dicandukan dengan pelbagai kemudahan teknologi yang lebih banyak mengundang bahaya kepada aqidah dan iman. Akibatnya longlai dan layu dalam mentadbir urusan diri sendiri..…apatah lagi mentadbir masyarakat sekeliling. Malah…mereka terpaksa ditadbir dengan susah payah oleh orang lain. Orang tuanya, saudaranya, jirannya, gurunya, pemerintahnya…..Tapi, anak muda ini nyata berbeza dari sekian anak muda yang bertebaran di muka bumi. MasyaAllah …beruntung benar ayahbondanya melahirkan putera sedekian rupa.
Ya Allah kau lindungilah anak-anakku. Jadikanlah mereka sebaik anak muda itu atau lebih baik adanya. Guru itu bermunajat.



Guru itu memuji keterlibatan anak itu dalam  pengucapan awam di kampus. “ Bagus.…MasyaAllah. Kepetahan kamu satu anugerah Allah. Sangat mengujakan saya”. Guru itu terus-terusan memberi pujian, tetapi agak berhati-hati agar tidak begitu melangit agar terhindar riak, ujub, sum’ah anak muda itu.”Saya belasah aje cikgu !” jawapan yang bernada gurauan dan merendah diri. Ah! Tidak mungkin belasah. Ketahuilah…nikmat dan hikmah adalah anugerah Allah. Allah telah memberi kelebihan itu kepadanya sedangkan guru itu sendiri yang mempunyai profesion berucap di depan khalayak pelajar selama puluhan tahun pun tidak mampu mempamerkan kepetahan sedemikian rupa. Ya….ia satu anugerah.

Hari-hari berlalu. Bagaikan pelangi tumbuh dihati guru itu melihat anak muda itu. Anak muda yang penuh bersemangat, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam apa sahaja tugasan yang diberi. Rentetan dari pengamatan sang guru, maka ada sahaja bantuan yang dipohon dari anak muda itu untuk membantu menyelesaikan pelbagai tugas-tugas rasmi guru tadi. Ianya menjadi rahmat sang guru ditakdirkan bertemu anak didik yang ringan tulang dan sentiasa bersedia.

Pelangi dihati guru itu kian indah berwarna-warni. Tidak bercahaya, tapi berseri. Perasaan yang luar biasa. Dia sendiri sukar menafsirkannya.

Hari-hari berlalu. Langit tidak selalu cerah.Disangkanya panas sampai ke petang, rupanya badai ditengah hari.Dimana silapnya pun guru itu tidak mampu memberi kepastian. Anak muda itu tidak lagi menunjukkan riak seperti biasa. Bertitik tolak dari kealpaan guru itu sendiri, anak muda itu berjauh hati. Kuliah guru itu menjadi hambar, terasa terlalu lama menunggu masa penamatnya.

Guru itu menjadi gundah gulana dek terbaca  riak wajah anak muda itu. Mana bisa terganggu kekusyukan ketika bersolat, mana bisa hilangnya manis beribadah hanya kerana anak muda itu..mengeluh hati sang guru.Doanya menjadi senjata.Doa Nabi Yusuf sentiasa basah dibibir.”Ya Allah. Aku berlindung kepada Allah(dari perbuatan keji). Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang-orang zalim tidak akan Berjaya”. Bantuan Allah dipohon melalui tilawah, zikir, tahajjud dan solat hajat. Ya Allah berilah aku kekuatan melawan nafsuku sendiri, berilah aku kekuatan dalam iman dan taqwa.Jadikan hari ini lebih baik dari sebelumnya. Rintih guru itu penuh pasrah.

Tidak keruan. Hati guru kian bercelaru. Kerana pelangi itu masih ada, tidak hilang bersama reaksi hiba anak muda, ia masih bersemi dan berseri walaupun mendung datang bertamu tanpa diundang. Jauh di sudut hati, guru itu menyeru..datanglah anak muda. Hamburkan segala kekhilafan gurumu ini agar detik dulu bermula semula. Kaulah satu-satunya yang menjadi pelangi itu. Kaulah yang satu antara ratusan anak-anak didik yang gurumu  kasihi…dan sebenarnya gurumu ini tidak rela kehilangan pelangi hatinya walaupun hadirnya sekadar sahaja.

Monday, June 20, 2011

SEM 6J!!!!

SELAMAT DATANG SEM 6

Alhamdulillah...tiba sudah semester ke 6. 6J beb! hee
selepas 3 minggu bercuti berseronok bersama keluarga kembalilah semula ke IB. Eh..Eh.. siapa ketua kelas?? penolong??

JOM TERJAH!!

Mempersembahkan...KETUA KELAS 6J


ROZITA BIN RALI

Ha tgk la muka ketua....apa? xpercaya ka?? hahaha



PENOLONG!!! SIAPA???

OK2... Inilah penolong kita....


SITI NURZULAIKHA BINTI BRAHIM

PINK tw tudung dia...hee.... berkaliber ni...hehehee


OK...Semua perjalanan semester 6 ini berjalan dengan lancar... kamu berdua jalankan lah tugas dengan sebaiknya ok...kami sentiasa menyokong!!! yeah 6J!!!

Wednesday, May 11, 2011

Memoir Secawan Kopi



Aku melangkah perlahan memasuki Pejabat Pengarah, pintu ku tutup perlahan agar tidak mengganggu suasana hening pejabat. Hampir 6 bulan IPG KBM tidak berPengarah. 
" Payah sangat nak cari ganti Pengarah. Ah....senang-senang lantik aku ajelah jadi Pengarah. Abis cerita !" aku bergurau dengan hatiku sendiri. Pembantu Pengarah yang setia di kaunter pejabat  menganggukkan kepala bila melihat aku menunjukkan jari telunjuk ke bilik Timbalan Pengarah. Maknanya Timbalan Pengarah ada didalam biliknya.. 
"Ada siapa di dalam ?" aku bertanya dengan nada perlahan . " Ada Pn Zaini Yang. Tak pe, masuklah sebab sebentar lagi Timbalan akan keluar menghadiri mesyuarat di Bilik Rais Yatim ", jawab si Pembantu Pengarah tersebut. Lantas aku masuk walaupun sebenarnya aku tidak selesa dengan kehadiran orang lain ketika sesi pertemuan dengan Timbalan. Memandangkan keperluan mendesak bertemu Timbalan atas urusan tugas rasmi serta bersifat peribadi, aku terus melangkah masuk.

Aku dipersilakan duduk di sebelah Pn Zaini oleh Timbalan. Soalan diajukan kepadaku atas urusan apa aku ingin bertemunya. Aku menerangkan satu-persatu dengan agak tersekat-sekat kerana sedikit berdebar-debar tujuan aku mengadap beliau. Aku tidak gementar bertemu Timbalan malah dengan Timbalan aku boleh menyapa beliau dan berbual dengannya seperti rakan setugas yang rapat kerana bagiku Timbalan adalah individu yang mesra dan lemah-lembut orangnya. Aku sangat menyukai beliau. Mungkin debaranku itu dek kerana ingin menyatakan sesuatu yang lebih bersifat peribadi yang mungkin tidak wajar diajukankan. Ah! Lantaklah. Kalau tidak, kepada siapa lagi aku ingin mengadu masalah kerja-kerjaku...aku mendesak diriku sendiri. Pn Zaini mendengar sahaja tanpa mengulas apa-apa. Urusannya dengan Timbalan mungkin belum selesai kerana masih terdengar perbualan mereka dari luar sebelum aku masuk.

Lebih kurang 15 minit permohonan diajukan, Timbalan bersetuju dengan alasan yang aku kemukakan walaupun hujah-hujah aku bersifat peribadi.
" Saya dah lantik orang lain pula. En Khahar sedang menyediakan senarai Jawatankuasa yang baru", Timbalan memberi penegasan tentang tindakan yang beliau telah ambil dan putuskan dalam Tadbir Urus 2011. Alhamdulillah....Alhamdulillah...Hatiku bertahmid beberapa kali . Doaku didepan Multazam di makbulkan. Allahu akbar! Allah sahaja yang Maha Mengetahui betapa pundakku terasa begitu ringan setelah mendengar jawapan dari Timbalan. "Terima kasih Puan...terima kasih Puan ! Janji ya Puan..janji ya Puan....saya tidak dilantik semula", rayu saya bersungguh-sungguh . Timbalan hanya tersenyum.

Aku kini tidak lagi menjawat satu jawatan yang telah memberi tekanan kepadaku semenjak 2009. Cukuplah tu...biar cabaran tugas dan pengalaman yang getir ini orang lain pula merasakan sebagai pengkayaan kemahiran . Tidak sekali-kali menolak tugas, tetapi biar ku cuba jawatan yang lain pula. Tekanan di tempat kerja berlaku di mana-mana, tak mungkin dapat dielakkan hatta bekerja sebagai pengurus pada diri sendiri. Menjadi ibu sepenuh masa juga memberi tekanan. Tidakkah itu ujian namanya. Tidaklah kamu dikatakan beriman sebelum kamu diuji....aku teringat sepotong makna dari ayat-ayat Al Quran. Memang Allah sentiasa menguji kita setiap masa dan dimana sahaja selagi kita mengaku beriman. Begitulah aku bermotivasi untuk diri sendiri.


Kebetulan waktu pertemuan itu berlaku pada waktu rehat pejabat. "Jom minum kopi." Timbalan mencapai termos air panasnya dan menbancuh tiga cawan kopi untuk saya, beliau dan Pn zaini. Maka kamipun minum sambil meneruskan perbualan kosong. " Eh ! Sedapnya kopi ni Puan. terasa macam kopi mak saya", saya bersuara setelah beberapa teguk menghirup kopi yang dihidang Timbalan. " Ha.....ini kopi special...saya impot dari Perak, kopi Che Nah. Di KL ni, kopi ini tak ada", Timbalan menerangkan. " Oh ! Padan la pun...memang Mak saya minum kopi ini sahaja " sambung saya lagi.  Pn Zaini juga turut mengiyakan keenakan kopi Timbalan.

Kini....semua itu tinggal memoir sahaja. Memoir indah aku dan Timbalan seminggu sebelum beliau bercuti panjang yang akhirnya bercuti buat selama-lamanya.Timbalan Pengarah yang  telah berjasa kepadaku tiada lagi. Perginya beliau tidakkan kembali lagi menghadap Al Khaliq yang dirindu-rindukan pada 8 Mei lalu akibat menderitai kanser. Aku merasa begitu sayu dan pasti menitiskan air mata terkenangkan keluhuran hatinya dan sentuhan keibuannya menghidangkan kopi buat staf bawahannya. Semoga Allah merahmati Puan Jamaliah Mohd Salleh dan menganugerahkan Almarhumah pahala sedeqah yang tidak putus-putus atas segala kebaikan yang ditaburkan. Semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Ameen.

Friday, May 6, 2011

KASIH IBU...

SELAMAT HARI IBU!!!


Setiap tahun pasti kita akan menyambut Hari Ibu pada bulan Mei. Penyambutan Hari Ibu bukan sahaja diraihkan pada bulan Mei sahaja. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadisnya di mana kita harus meletakkan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.
Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH! Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.
Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadis Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang satu ini,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

(HR: Al-Hakim)


Subhan-ALLAH! Ibu adalah ibarat ladang tempat kita menanam benih kebaikan hingga mampu mendatangkan Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala. Ibu adalah sebahagian dari nafas dalam hidup kita. Apakah kita bisa mengukur setiap kasih dan sayang diberikan olehnya? Apakah kita bisa berkata dengan takabbur bahawasanya kita mampu memberikan beliau apa sahaja yang ada di dunia hanya untuk membalas jasanya dan lalu meninggalkan beliau pergi begitu sahaja? Bak kata Nabil Mentor... LU FIKIRLAH SENDIRI...


KAWAN-KAWAN... MARI KITA MENDOAKAN UNTUK IBU BAPA KITA




AMIN...


SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU DI SELURUH DUNIA!!!

Tuesday, May 3, 2011

AYUH KAWAN!!! JOM KITA LARI~

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA!!!



Pada 7 Mei 2011 ini satu larian akan diadakan di IB!!!!
Program ini anjuran Unit Kokurikulum dan PISMP 5G, 5H, 5I, 5J, 5K dan 5L.
Semua warga IB diwajibkan untuk bersama-sama menjayakan program ini. 
Ada ikon Sukan tau... Dato' Malik Noor.... 
Program ini bertemakan 1Murid 1Sukan 1Malaysia. 
Apa lagi kawan-kawan, 
Ayuh kawan kita jaga kesihatan. Jom kita sama-sama lari Sabtu ini!!!



Thursday, April 28, 2011

Rantaian Tasbih Haruman Ukhuwah ~

Mungkin kelihatan agak lewat kami mengucapkan Selamat Hari Lahir buat tutor, Puan Nor Afizah namun setulus ingatan kami untuk meraikan beliau meski jarang dipertemukan dalam suasana tutorial. Rasa hormat kepada bonda cukup membentuk kami menjadi anak2 yg baik (walaupun kami masih kebudak2kan) >> kuat ketawa sebenarnya. Tapi seronok. Seronok apabila dijodohkan untuk bertemu dengan classmates yg pelbagai ragam. Dan sekali lagi bertuah memiliki tutor yang cukup baik ! Alhamdulilah ~

                                                       View back yg sedikit mengancam !


Hari ni (Khamis, 28 April 2011) beliau menghadiahkan kami seutas tasbih dan wangian (dari Mekah barangkali). Terharu. >.< Terima kasih bonda !


Rakan2 PISMP 5J >> Selamat Hari Pekerja ! Walaupun kita tak bekerja lagi, tapi kita lah yang sibuk menyambutnya. Nak cuti katakan.. Ke hulu hilir bercerita tentang balik kampung, meriah dengan celoteh kita tentang tiket bas, "belon", kereta, dan sebagainya. Sungguh, teringat dengan ragam kita di dalam kelas dengan pensyarah yang melewati  kuliah. Mungkin mereka pun dah faham karenah PISMP 5J, ada sahaja isu yang nak dikemukakan. Terutamanya Nurul, (sejak akhir2 ni, beliau membawa legasi pidato ke dalam kelas). Kenapa agaknya ? HaHaHa..



Tiga semester akan datang, kita akan terpisah dgn tanggungjawab. Janji yang telah kita ikrarkan pada Julai 2007 akan ditunaikan pada Januari 2013 !! Namun November hadapan, kita semua sudah membawa haluan masing2.. 11 semester kita harungi bersama, jerit pekik, hilai tawa, sedu sedan tangisan kita mana mungkin mampu diulang semula dalam realiti kehidupan. Kenangan yang bersisa itu akan tersimpan kemas dalam memori seorang guru pelatih dalam dunia Kampus Bahasa Melayu. Semoga kita akan sama2 dipOstingkan ke tempat yang diingini. HeHe.. tawakal !!

Dan masih ada yang belum tertunai. Insyallah. Semoga kita masih boleh bercuti bersama2 mengikut perancangan. >> tagline to Nurul Zahidah. Coming Soon ~

Sekian, wassalam..

Sedikit gambar kenangan di bawah ! HoHoHo..


Cukuplah Tu.....


Assalamualaikum anak-anak menteeku. Alahai...cukuplah tu. Tak payahlah buat apa-apa celebration lagi untuk saya selepas ini. Saya sangat2 kasihan kepada kamu semua kerana terpaksa mengorbankan wang elaun belajar semata-mata untuk mengembirakan dan meraikan saya. Saya takut, cukup bulan kamu semua makan maggie dan minum air paip aje. Lagipun saya dah tua....malulah lah celebrate hari jadi....bila dah tua macam ni adalah lebih baik celebrate hari mengingati mati. 
" Orang yang bijak ialah oramg yang banyak mengingati mati ". Sabda Junjungan saw.
Tapi....kek tu memang sedap. Rasa macam nak lagi.Terima kasih tak terhingga atas baik budi kamu semua. Allah sahaja yang membalasnya. Sayang semua. Ingat..tahun depan jangan buat lagi !

Sunday, April 24, 2011

SALAM 1MALAYSIA...setiap permulaan....pasti ada PENGHUJUNG ye...hik3~~~

kali ini Cik F nak k0ngsi citer pasal dak2 klas "J" baru blk drp PRAKTIKUM....bukan PRAKTIKAL ye...hehehehe..ekoran drp sedutan Bayak n Ejat..kal0 br ni dia0rg sibuk2 tnya dak2 klas "J" ttg persediaan...kali ni Cik F nak k0ngsi pengalaman manis lak drp diaorg semua....zzZZzzsssSSzzz kita layan....

first first skali...mai kita dongar kisah Rozita a.k.a kak ita ni dl ek~~~
Rozita kata "seronok bila lihat hasil dak2 pra ni..mengandungi makna yg tersirat...d situlah terkumpulnya rahsia aku sbg GURU. Art dak2 hasilkan mmg comel2 belaka..mcm nmpk je muka murid2 ku..then, diaorg pggil aku CIKGU ROZ..itulah panggilan yg memberi semangat...hehehehe"

hehehehehe...CIKGU ROZ...????
nnti kita0rg p0m pggil cikgu roz gak ek kak ita....Cik F nk pggil nnti ye....


ok..kita smbung lak dengan pen.ketua kelas Cik F lak ek....dgr ye..dgr2..cer citer..hik3
Nor Aziera lak kata..."pd ari terakhir, skolah kat tmpt azie praktikum wat mjlis perpisahan..trasa lak skolah ni wat mjlis persaraan..huhuhuhu..AKU TELAH BERSARA...!!!!"
ada 1 lg kisah yg xdpt azie lupakan..wktu badan beruniform..sorang murid ni mintak azie ajar kawad kaki..lps dia mintak azie ajarkan..dia DOA dpn2 azie..ni doa dia"Ya Allah,moga ckg x t0lak permintaan ku..amin..."bersgguh2 dak tu berdoa..tu la pengalaman manis azie yg xkan lupakan smp bila2...

hahahhahaha...lawak la pen.ketua klas Cik F ni...p0sting x lg..tp da rasa mcm nk bersara...TERASA DIRIMU BEGITU TUA KE...????ahaksssss.jgn..kita masih muda lg zie...tp ape2 p0m Cik F suka ngan part d0a dak skolah tu pd Azie..iyela..kita sbg sorang guru kalo bleh..jgn hampakan permintaan ank murid k...muahhhahhahaha






orait....Cik F nak citer lak pengalaman manis kwn Cik F ni time praktikum..rasa2 sape th ek..???
hahahahhaha...ni dia Miss Memey n Miss Jue..kwn Cik F ni wat PRAKTIKUM area Kajang kalo x silap Cik F..perggghhhhh dgr citer diaorg berdua sgt bez...ari2 leh mkn Rojak,ABC,Cendol....hahahhahaha...wat Cik F jeles je tau...auiiwwwww....


ape la Cik F melalut ni..ok2..mai kita dgr kisah kata diaorg lak...jap ek...Cik F ingat jap..
Miss Memey said "Praktikum fasa 1 ni bez sgt tau...byk kenangan manis yg diperolehi dan yg xdpt dilupakan..al-kisah..ada sorang ank muridku yg bernama Daniel..d antara murid yg sgt nakal la..Daniel kata kat umah dia ada 10 EKOR GAJAH,,,tp bila ckg n kengkawan dia nk p mlawat...dia bleh ckp gajahnye da mati... "



wakakakakkakaka...terguling2 Cik F bila bc citer yg Miss Memey tulis...adoiiii..tu la dak2 prasekolah..diaorg kal0 bak tnya je ape2...semuanye ada kat umah...HELIKOPTER, KETAPI, KAPAL TERBANG..pom ada gak...gasak je la k0rang ni ek...hehehehehe. 




kalo ada Miss Memey..c0nfem ada Miss Jue...ngeee~~~
mai kita pakat dongar la kisah Miss Jue..."1st PRAKTIKUM..byk yg manis..xde yg pahit...hehehe..time mengajar BI 1 ari ni mmg klakar hbs...smp lec pembimbing p0m leh gelak2..aku ajar perkataan FAMILY..."
kalau mak kita pggil MOTHER,,,,
kalau ayah kita pggil FATHER,,,,
Guru: Kalau abang n kakak lak kita pggil ape..???
Murid2: Kakak 'ther' n abang 'ther' cikgu.....

hahhahahahahahhahahhaha......Cik F ketawa smp terbahak2 tau..seyes...dak2 ni r0sakkan bahasa inggeris bt0l la...adooiiiii...sbr je la kan...xpe2..nnti Miss Jue kna terang bt0l2 tau bila ngajar...iyela..dak2 pra skolah kerajaan kureng ckp bhs pengantar kedua ni...kita sbg cikgu p0m sama...sbb tu Cik F sndiri p0m blaja ngan ank sedara yg d0p  drjah 1..hehehehehe...tp alhamdulillah..Cik F da bleh ckp da skit2...jd la kan..???




susah Cik F nk bc citer yg Ct tulis...al-maklum la..tulisan ckg yg amat sesuai skali...hehehehe..ok..ni kisah Ct lak..Ct ni wat PRAKTIKUM d sk Puchong Indah..j0m kita selongkar kisah Ct lak ye...


Ct kata: "sepanjang Ct menjalani PRAKTIKUM fasa 1 slama 4 mggu, byk pengalaman yg Ct perolehi bersama2 dgn murid prasekolah khususnya..pengalaman yg plg manis sekali Ct pernah lalui ialah semasa mengajar murid2 ttg pembelajaran yg baru spt tema baru..Ct lihat reaksi mimik muka mereka serta respond yg d berikan amat menarik perhatian Ct..mereka seolah2 truja melihat gmbr,bhn maujud dan BBM yg d tunjukkan..Ct rasa lbh bersemangat utk mengajar kelak serta meningkatkan keyakinan diri utk mengajar.. "


wahhhhh bagusnye Ct..Cik F mmg like la Ct byk2...hahahhhhahaha..mmg ank murid epy la dpt cikgu mcm Ct ni tau....muahahhahahaa




haaaaa...ni plak kisah kwn Cik F yg seterusnya..kalo nama dia dlm bhs jepun NARUMI ASHIDA...kal0 dlm bhs org2 kita ni lak...eden nk bgtau..nama sbenar beliau ialah...NURUL ZAHIDAH..hehehehehe..ok,Nurul p0m ada kisah dia jugak tau kalo x silap Cik F..mai kita pakat dongar ye...~~~


"alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dgn izin dan nikmatnye, kami berjaya menjalani PRAKTIKUM selama sebulan. byk pengalaman yg d timba, pengetahuan yg d pelajari dan skill d perolehi..Nurul berharap agar PRAKTIKUM 2 berjalan dgn jayanya..smg mendapat skolah yg cemerlang, guru prasekolah gemilang n pensyarah pembimbing yg terbilang...pengalaman manis lak..dpt berkenalan dgn ank murid Nurul yg bernama Timau@Daniel...Cikgu Nurul rindu nk peluk dan cium Timau..i <3 Timau Law..hehehehehe"


hahahahahaha...Cik F tgk Cikgu Nurul ni mcm bg UCAPAN lak tau...ngeee~~~tp xpe,,asalkan Cik F fhm ok je..pembaca p0m leh fhm gak..hik3...


seterusnye...Cik F nk citer2 lak pasal pengalaman manis Cik Nonoi kita ni lak ye...jap2..pusing kiri..pusing kanan...lalallalalallalala....

Sk Puchong Indah nama diberi, tmp kami mencurah bakti...cheewah...! xde ap sgt nk cter sbny...praktikum sgt memenatkan..lg rela g kuliah.Tp yg syoknyer...dpt lec, cikgu & skolah yg ok sgt! rasa dibimbing sgt2..harap2 praktikum 2 lbeh berjaya & dpt rasa btol2 nikmat bergelar 'CIKGU'...Intelek 1 dlm kenangan, silaturrahim dah terjalin...gelaran 'CIKGU' tu mst melekat & arap dak2 prasekolah Intelek 1 ingat lg 'CIKGU DAYAH' dorg ni...(dah bpe kali soh sebut DAYANG..DAYAH jugak disebutnyer...xphm eden haaaa....:D:D...)


agagagagagga...kes Cik Nonoi kita ada "same2" ngan kes Rozita la kan..hehehehehe..tp nyanye gak kat Cik Noi kita...smp hbs PRAKTIKUM dak2 pggil dia Ckg DAYAH...hehehehehe...xpe2 Cik Noi...yg pentim dak2 akan ingat smp bila2 kan3...????


relax2...lapangkan minda semua...~~~
skang Cik F nk citer lak pengalaman manis kat skolah Cik F wat PRAKTIKUM lak ye...
nama skolah Cik F...SK Seksyen 20 Shah Alam...
1 arini...Cik F kna observe kat lec pembimbing...Cik F p0m sruh la dak2 wat perangai el0k2 sbb Cik F ckp GURU BESAR Cik F nk dtg...pastu time Cik F ngajar sblh pg..Cik F pkai ler bj sukan sbb ada permainan luar..after rehat Cik F tukar ler baju kebaya ala2 nyonya gitu...Cik F diri je dpn white b0ard ni..ada bdk2 prasekolah ni pkai Cik F NENEK...!!!!!!!sbb gara2 Cik F pkai bj kebaya tu kain dia corak batik...mula la bdk2 tu citer.."Cikgu2...nenek sy slalu pkai kain batik mcm ni tau...ckg p0m mcm nenek la"...ambik ko...hahahahhahahahha....merah giler pp aku time tu..nsb baik lec Cik F xde time tu...malu woooo time tu..tp Cik F cover2 la ckit...hahahahaha..tu la dak2...mcm Cik F..diaorg memang jujur..amanah..hik3